Info menarik

Selasa, Julai 17, 2007

Subject: nasib baik kita hensem...

Just for lough…

Kalau lelaki handsome pendiam
Manusia akan cakap: woow... cool giler...!!
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Manusia akan cakap: eh... perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Manusia akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Manusia akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah...!



Kalau lelaki handsome menolong insan yang diganggu
Manusia akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem..!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Manusia akan kata: entah-ntah kengkawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat pasangan cantik
Manusia akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat pasangan cantik
Manusia akan kata: mesti kena bomoh pasangan dia tuh..!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Manusia akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Manusia akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Manusia akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Manusia akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Manusia akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Manusia akan cakap: bang... bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Manusia akan cakap: pasti takut kekalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Manusia akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya....?

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas seseorang
Manusia akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas seseorang
Manusia akan cakap: naluri pembantu... memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Manusia akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Manusia akan kata: kuat nangis...!! lelaki ke bukan ni...?.....
posted by mastermind at 9:45 PTG 0 comments

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

OLEH ITU GUNAKANLAH AKAL UNTUK BERFIKIR....
MANA BAIK MANA TAK BAIK..
posted by mastermind at 9:41 PTG 0 comments

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle