Info menarik
Selasa, Julai 20, 2010
Kisah Rasulullah SAW Dengan Sebiji Limau
“Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
'Indian Beef' sebenarnya daging kerbau - Noh Omar (Update Isu di sini)
Katanya, daging itu dibenarkan untuk diimport tetapi istilah "Indian beef" menyebabkan ramai orang memikirkannya sebagai daging lembu, sedangkan di India ada undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu. "Kita tidak mahu orang ramai terkeliru. Harganya yang murah menyebabkan ia agak popular dan dibeli terutama untuk kenduri-kenduri..."daging kotak" sebenarnya daging kerbau," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.
Katanya, Malaysia mengimport kira-kira 80,000 tan metrik daging dari India setiap tahun.
Sementara itu, Noh berkata mulai sekarang permit import (AP) bagi mengimport daging dan ayam terutama bagi musim perayaan akan dihadkan kepada tiga bulan sahaja dan selepas itu perlu diperbaharui.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata kementerian itu sedang dalam perancangan mewujudkan pusat latihan pada tahun depan bagi melatih modal insan di kementerian itu.
"Sekarang ini, kementerian tiada pusat latihan sendiri tetapi agensi-agensi ada pusat latihan masing-masing. Sekarang kita mahukan satu pusat untuk melatih dan menyatukan semua kakitangan di kementerian, tiga jabatan dan sembilan agensi," katanya. Katanya kementerian sedang mengenal pasti lokasi untuk pusat latihan itu dan mungkin hanya akan menaik taraf pusat latihan yang sedia ada untuk dijadikan pusat latihan khas kementerian.
Noh juga melahirkan rasa hairan bagaimana peruntukan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang berjumlah RM40 juta tahun ini masih banyak yang belum diagih-agihkan ke negeri-negeri. "Kita akan siasat bagaimana ada jumlah yang tersangkut. Mungkin ada masalah komunikasi atau salah faham tentang arahan Perbendaharaan yang menyebabkan perkara itu berlaku," katanya.-Bernama
Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.
Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi
DUA BELAS AURAT WANITA
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.[/size][/size]